Sunday 24 June 2012

DEFINISI SELOKA..




Dari segi  istilah, seloka berasal daripada perkataan Sanskrit, seloka  iaitu sejenis puisi yang terdiri daripada dua baris atau dua kerat, yang setiap satunya mengandungi 16 suku kata, yang disusun dalam empat unit. Dalam kesusasteraan Melayu Tradisional, seloka merupakan sejenis puisi bebas dari segi rangkap (sama ada berangkap atau tidak berangkap). Jika berangkap tidak tentu barisnya dalam serangkap dan tidak tentu jumlah perkataanya dalam sebaris. Seloka juga b oleh jadi mempunyai rima atau tidak. Seloka biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea (Harun Mat Piah, 1989).

            Dari segi bentuk, seloka sama sahaja seperti puisi bebas yang lain seperti gurindam, talibun atau teromba. Walaupun begitu, jika dilihat dari segi isi, puisi ini berbeza antara satu sama lain. Dari segi isi , seloka biasanya mengutarakan isinya secara mengejek, sindiran atau dalam nada jenaka, dan kadang-kadang mengandungi nada atau perasaan asyik dan khayal.

            Oleh sebab seloka biasanya digunakan untuk menyindir atau berkias, tidaklah menghairankan mengapa seloka mengandungi banyak peribahasa yang selalunya disusun dengan cara yang senada atau mempunyai irama, sehingga kadangkala seloka sama dengan peribahasa berirama.

            Seloka biasanya mengandungi bahasa yang penceritaannya meleret-leret dan lanjut, sindir giatnya selalu tajam dan bias seperti mengejek, menyindir dan menempelak, dan mengandungi perasaan yang hiba dan rawan.

FUNGSI SYAIR..




  1. Sebagai Hiburan -sesuai dgn sifatnya yang demikian,maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara istiadat .
  2. Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yg menyentuh aspek pengajaran agama islam dari rukun iman, rukun sembahyang, zakat, puasa dan sebagainya.kemerdusuaraan 'tukang lagu' dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan seterusnya meninggalkan kesan yg mendalam 
  3. berfungsi dalam kegiatan keseniaan dan kebudayaan masyarakat.
  4. ketika sambutan maulud
  5. dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam darbus dan boria.

PENGGOLONGAN JENIS SYAIR...




a. Syair yang berupa naratif (cerita) termasuklah;

i.              Syair Sejarah cth. Ini Syair Potong Gaji
ii.             Syair Romantis cth. Syair Jeragan Budiman dan Jauhar Manikam
iii.            Syair Simbolik/Kiasan cth. Syair Perahu

b. Syair yang berupa bukan cerita (non-naratif) termasuklah;

iv.           Syair Agama cth. Syair Kiamat
v.            Syair Nasihat cth. Syair Kelebihan Ilmu: Ilmu Itu Bekalan Hidup
vi.           Syair Teka-teki




JENIS-JENIS SYAIR...


Syair Panji


Syair panji menceritakan tentang keadaan yang terjadi dalam istana dan keadaan orang-orang yang berada atau berasal dari dalam istana.
 Contoh syair panji adalah Syair Ken Tambuhan yang menceritakan tentang
seorang putri bernama Ken Tambuhan yang dijadikan persembahan kepada Sang Ratu Kauripan.

Syair Romantis

Syair romantis berisi tentang percintaan yang biasanya terdapat pada cerita pelipur lara, hikayat, maupun cerita rakyat. Contoh syair romantis yakni Syair Bidasari yang menceritakan tentang seorang putri raja yang telah dibuang ibunya. Setelah beberapa lama ia dicari Putra Bangsawan (saudaranya) untuk bertemu dengan ibunya. Pertemuan pun terjadi dan akhirnya Bidasari memaafkan ibunya, yang telah membuang dirinya.

Syair Kiasan

Syair kiasan berisi tentang percintaan ikan, burung, bunga atau buahbuahan.
Percintaan tersebut merupakan kiasan atau sindiran terhadap peristiwa tertentu. Contoh syair kiasan adalah Syair Burung Pungguk yang isinya menceritakan tentang percintaan yang gagal akibat perbedaan pangkat, atau seperti perumpamaan “seperti pungguk merindukan bulan”.

Syair Sejarah

Syair sejarah adalah syair yang berdasarkan peristiwa sejarah.
Sebagian besar syair sejarah berisi tentang peperangan. Contoh syair sejarah adalah Syair Perang Mengkasar (dahulu bernama Syair Sipelman), berisi tentang perang antara orang-orang Makassar dengan Belanda.

Syair Agama

Syair agama merupakan syair terpenting. Syair agama dibagi menjadi empat iaitu:

 (a) syair sufi
 (b) syair tentang ajaran Islam,
 (c) syair riwayat cerita nabi,
 (d) syair nasihat

Perlu kita ketahui, setiap syair pasti mengandung pesan tertentu. Pesan tersebut dapat kita simpulkan setelah memahami isi sebuah syair.

CIRI- CIRI SYAIR...




  • merupakan puisi terikat
  • rangkap-jumlah baris serangkap tetap iaitu 4 baris
  • setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair itu. Ini bermakna syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun
  • cerita dalam setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap ke satu rangkap untuk membawa kesatuan yg lengkap bagi keseluruhan syair itu.
  • perkataan-bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris
  • sukukata-bilangan suku kata sebaris juga tetap iaitu antara 8-12 perkataan sebaris
  • rima-rima akhir dalam serangkap juga tetap iaitu a/a/a/a

Monday 18 June 2012

DEFINISI SYAIR..

Syair yang merupakan puisi tradisional yang cukup tua yang tumbuh dan bertunas setelah masuknya peradaban islam ke indonesia, Kata para ahli sejarawanSastraKata Syair sendiri berasal dari kata Syu'ur yang artinya perasaan.

Syair yang merupakan puisi tradisional, mendapatkan pengaruh kesusasteraan islam seperti pantun. Syair juga digunakan untuk melukiskan sesuatu yang panjang, bisa tentang suatu cerita, ilmu, persahabatan dan lain lain.


Melayu merujuk pada pengertian puisi secara umum. Akan tetapi, dalam
perkembangannya syair tersebut mengalami perubahan dan modifikasi sehingga menjadi khas Melayu, tidak lagi mengacu pada tradisi sastra syair di negeri Arab. Penyair yang berperan besar dalam membentuk syair khas Melayu adalah Hamzah Fansuri.

Thursday 14 June 2012

FUNGSI PANTUN..

         


         Pantun dapat berfungsi dalam hampir setiap aktiviti kehidupan masyarakat Melayu (Jamilah Hj. Ahmad,). Terdapat pelbagai jenis pantun yang mempunyai tema tertentu berkait rapat dengan perasaan cinta, kasih sayang, puji-pujian, nasihat, agama, adat, telatah dan corak hidup masyarakat. Tema yang ingin diketengahkan, disisipkan dengan latar alam


       Oleh sebab alam itu indah, maka unsur-unsur alam diaplikasikan di dalam setiap rangkap pantun yang disampaikan atau dicipta. Segala pengalaman hidup, pandangan hidup dan falsafah yang ingin dikemukakan di dalam pantun menggunakan latar alam sebagai pembayang. Unsur-unsur sedemikian secara tidak langsung memperlihatkan keakraban masyarakat Melayu lama dengan alam semulajadi.

BENTUK PANTUN




              .Bentuk-bentuk pantun pula bermacam-macam. Ada pantun yang berbentuk "nasihat""adat","agama""teka-teki""jenaka" dan juga ada sesetengahnya berbentuk "peribahasa".
Di samping itu, pantun juga turut mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama. Pantun sebagai jenis puisi Melayu lama yang tertua dan asli amat diminati.

             Ini terbukti, pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara. Justeru itu, pantun pantun dari segi isi atau temanya terdapat beberapa jenis. Antaranya yang penting tentang teka-tekijenakakasih sayangnasihatbudinasibperantauadatkepahlawananperibahasakias ibarat dan agama. Meskipun begitu, penentuan jenis-jenis isi atau tema tersebut bukanlah mutlak. Ini kerana dalam setiap jenis isi pantun itu, lazimnya terdapat juga isi atau persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat pada isi yang menjadi latar dan dasar perkembangannya dengan isi atau persoalan lain yang berhubungan.

          Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat""adat" dan "agama" pada umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun "nasihat" misalnya, lebih jelas bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang buruk.Walaupun demikian, isi tentang "adat" dan "agama" tidak kurang pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya. Umapamanya, persoalan adat yang berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undang-undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian.

            Pantun jenis "peribahasa" juga mudah dikenali, iaitu melalui penyampaian isinya menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi pantun "kias dan ibarat" pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan atau dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Dengan demikian, pernyataan isinya selalu ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi gambaran pernyataannya lebih halus, luas dan mendalam. Pada pantun "teka-teki" yang memerlukan jawapan adalah merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan dam membina kemahiran berfikir dengan tepat.

         Pantun "jenaka" yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan sindirannya di dalamnya.
Di bawah adalah contoh bentuk dan jenis-jenis pantun empat kerat seperti dikemukakan di atas :-

Jenis Pantun      : Dua Kerat
   Buah beluluk buah kepayang,
       Dimakan mabuk dibuang sayang.
Jenis Pantun      : Empat Kerat - Teka-teki
Fungsi                   : Untuk berseronok dan menduga
                  kebolehan dalam berfikir
   Kelip-kelip disangka api,
       Kalau api di mana puntungnya;
   Hilang ghaib disangka mati,
       Kalau mati di mana kuburnya?
Jenis Pantun      : Empat Kerat - Jenaka
Fungsi                   : Semata-mata untuk hiburan
   Orang Rengat menanam betik,
       Betik disiram air berlinang;
   Hilang semangat penghulu itik,
       Melihat ayam lumba berenang
Jenis Pantun      : Empat Kerat - Kasih Sayang
   Burung merbuk membuat sarang,
       Anak enggang meniti di paya;
   Tembaga buruk di mata orang,
       Intan berkarang di hati saya.
Jenis Pantun      : Empat Kerat - Nasihat
   Air melurut ke tepian mandi,
       Kembang berseri bunga senduduk;
   Elok diturut resmi padi,
       Semakin berisi semakin tunduk.
Jenis Pantun      : Empat Kerat - Budi
   Tingkap papan kayu bersegi,
       Sampan sakat di Pulau Angsa;
   Indah tampan kerana budi,
       Tinggi darjat kerana bahasa.
Jenis Pantun      : Empat Kerat - Nasib
   Payang retak tali bersimpul,
       Kendi lokan airnya tumpah;
   Hidup tidak kerana kaul,
       Mati bukan kerana sumpah.
Jenis Pantun      : Empat Kerat - Perantau
   Pungut teritip di tiang batu,
       Batu pecah dilanda karang;
   Beginilah nasib dagang piatu,
       Kain basah kering di pinggang.
Jenis Pantun      : Empat Kerat - Adat
   Buah berangan di rumpun pinang,
       Limau kasturi berdaun muda;
   Kalau berkenan masuklah meminang,
       Tanda diri beradat budaya.
Jenis Pantun      : Empat Kerat - Kepahlawanan
   Patah rotan tali bersilang,
       Batang meranti rimbun berjejal;
   Langkah pahlawan di tengah gelanggang,
       Berpantang mati sebelum ajal.
Jenis Pantun      : Empat Kerat - Peribahasa
   Punggur rebah puyuh mendengut,
       Dengut melata di tengah padang;
   Sedangkan bah kapal tak hanyut,
       Inikan pula kemarau panjang.
Jenis Pantun      : Empat Kerat - Kias dan Ibarat
   Gesek biola tiup serunai,
       Sayu dara berhati walang;
   Putih mata si burung punai,
       Kayu ara ditunggu helang.
Jenis Pantun      : Empat Kerat - Agama
   Letak bunga di atas dulang,
      Sisipkan daun hiasan tepinya;
   Banyak berdoa selepas sembahyang,
      Mohon diampun dosa di dunia.
Jenis Pantun      : Empat Kerat - Kanak-kanak
Fungsi                   : Lagu sedih dan bersuka-ria
   Anak rusa nani,
      Baru kembang ekor;
   Apa dosa kami,
      Lalu tidak tegur.

CIRI-CIRI PANTUN..


Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:
Sebab pulut santan terasa,
        Sebab mulut badan binasa

Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.
Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.

KANDUNGAN PANTUN MELAYU

Pembayang atau sampiran

Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.

Maksud atau isi

Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).

Perkataan

Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.

Suku kata

Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.

Rima atau bunyi

Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun.  Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun.  Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya. Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a. 

DEFINISI PANTUN


Sejarah telah membuktikan betapa sesungguhnya corak hidup masyarakat dan bangsa Melayu pada zaman dahulu dicerminkan melalui puisi lama seperti pantun dan peribahasa. Za’ba di dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu, mengatakan bahawa penciptaan pantun merupakan puisi tertua dan milik asal kepunyaan masyarakat Melayu. Oleh itu, umum telah menerima bahawa pantun adalah ciptaan asli orang Melayu. Ianya bukanlah adaptasi daripada puisi-puisi Jawa, India atau Cina. Ini bermakna, pantun merupakan puisi asli yang dimiliki oleh masyarakat Melayu serta paling awal muncul berbanding puisi yang lain.

             Masyarakat Melayu lama akrab dengan alam semulajadi seperti alam tumbuhan, haiwan dan cakerawala. Ini adalah disebabkan masyarakat pada masa tersebut sering berinteraksi dengan alam yang berada di sekeliling mereka sama ada di laut, di hutan, di bendang, di ladang dan di gunung. Harun Mat Piah  menjelaskan bahawa penggunaan lambang-lambang dan simbol-simbol daripada alam perlu diketahui untuk memahami maksud pantun. Lantaran itulah pantun dikaitkan dengan alam semulajadi sebagai perbandingan dan perlambangan yang berfungsi sebagai sumber pengajaran dan nasihat.

           Pantun merupakan puisi melayu yang paling popular jika berdasarkan daripada penggunaannya yang paling meluas. Puisi ini juga yang paling mendapat perhatian para pengkaji untuk diteliti, tidak kira pengkaji tempatan ataupun pengkaji luar. Pantun juga merupakan puisi melayu yang tidak diragui sifat keasliannya.                  Dalam bahasa Jawa, pantun dikenali sebagai parikan dan dalam bahasa Sunda dikenali sebagai paparikan. Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan), bersajak akhir dengan pola a-b-a-b (tidak boleh a-a-a-a, a-a-b-b, atau a-b-b-a). Pantun pada mulanya merupakan sastera lisan dan sekarang telah dapat dijumpai pantun yang bertulis hasil nukilan atau karya seseorang.

            Harun Mat Piah telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetika dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetika pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu, dan yang kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pembayang maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.

            Berdasarkan pada aspek isi (tema dan persoalan) pantun biasanya menyentuh hampirseluruh kehidupan masyarakat melayu. Daripada penelitian terhadap isi juga telah membawa kepada pengelompokkan pantun yang lebih sistemetik. (Harun Mat Piah, 1989:63), seperti pantun kanak- kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka- teki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat dan pendidikan, pantun agama dan kepercayaan, pantun adat, pantun peribahasa, pantun naratif atau cerita dan sebagainya.

Monday 11 June 2012

~sastera~

assalamualaikum..
siap gak blog ak nii..
erm..tp ni untk sastera je..:)
#peace!