Thursday 9 August 2012

NILAI ESTETIKA..


·        Terdapat unsur-unsur estetika dalam pantun ini. Unsur-unsur tersebut ialah :

*     Ansonansi
§  Merupakan pengulangan huruf vokal.
§  Berdasarkan pantun ;
Rangkap 1
Pengulangan vokal a :
Dari mana pipit melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Rangkap 2
Pengulangan vokal a :
Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh,
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.

*     Aliterasi
§  Merupakan pengulangan huruf konsonen iaitu selain huruf vokal.
§  Berdasarkan pantun;
Rangkap 1
Pengulangan konsonen n :
Dari mana pipt melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Rangkap 2
Pengulangan konsonen d :
Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh,
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.

*     Personafikasi
§  Merupakan sifat manusi yang diberi kepada objek tidak bernyawa.
§  Berdasarkan pantun ;
§   
“ Dari paya turun ke padi “

-turun merupakan sifat yang dilakukan oleh objek bernyawa yang mana telah diberikan kepada paya yang tidak bernyawa.







*     Anafora
§  Pengulangan kata di awal baris.
§  Berdasarkan pantun ;

Dari mana pipit melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

*     Responsi
§  Pengulangan kata di tengah baris.
§  Berdasarkan pantun ;

Dari mana pipit melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh,
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.

*     Repitasi
§  Merupakan pengulangan kata dalam baris yang sama.
§  Berdasarkan pantun ;
Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh,
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.

*     Hiperbola
§  Menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan.
§  Berdasarkan pantun;
Rangkap 2 baris 1 :                                                                                

“ Air dalam bertambah dalam “

No comments:

Post a Comment