Thursday, 9 August 2012

NILAI ESTETIKA ..



·        Terdapat unsur-unsur estetika dalam pantun tersebut. Unsur-unsur tersebut ialah :

*     Ansonansi
§  Merupakan pengulangan huruf vokal
§  Berdasarkan pantun ;
Rangkap 1
Pengulangan vokal a :
Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat,
Banyak nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.



Rangkap 2
Pengulangan vokal a :
Anak ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal sembilan,
Bangun pagi sembahyang subuh,
Minta ampun kepada Tuhan.

*     Aliterasi
§  Pengulangan huruf konsonen iaitu selain huruf vokal.
§  Berdasarkan pantun ;
Rangkap 1
Pengulangan konsonen n :
Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat,
Banyak nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.

Rangkap 2
Pengulangan konsonen n :
Anak ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal sembilan,,
Bangun pagi sembahyang subuh,
Minta ampun kepada Tuhan.

*     Personafikasi
§  Sifat manusia yang diberikan kepada objek atau benda yang tidak bernyawa.
§  Berdasarkan pantun ;
“ Tidak semulia hari Jumaat “
Mulia merupakan sifat atau keperibadian manusia yang diberikan kepada hari Jumaat yang merupakan objek tidak bernyawa.






*     Metafora
§  Abstrak dan konkrit
§  Berdasarkan pantun;
“ Minta ampun kepada Tuhan “
Minta ampun ialah perbuatan manusia yang dapat dilihat manakala Tuhan merupakan sesuatu yang wujud tetapi tidak dapat dilihat.

*     Repitasi
§  Pengulangan kata dalam baris yang sama.
§  Berdasarkan pantun ;

Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat,
Banyak nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.

*     Anafora
§  Pengulangan kata di awal baris.
§  Berdasarkan pantun ;
Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat,
Banyak nabi antara nbi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.

*     Responsi
§  Pengulangan kata di tengah ayat.
§  Berdasarkan pantun ;
Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat,
Banyak nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.






*     Inversi
§  Kata-kata yang diterbalikkan tidak mengikut tatabahasa.
§  Berdasarkan pantun ;
Rangkap 1
“ Banyak hari antara hari “
-sepatutnya antara banyak hari-hari

“ banyak nabi antara nabi “
-sepatutnya antara banyak-banyak hari

CIRI-CIRI PANTUN AGAMA


·        Puisi tradisional di atas merupakan sejenis pantun.
  • ·        Pantun di atas merupakan pantun 4 kerat.
  • ·        Bertemakan keagamaan.
  • ·        Ciri-ciri pantun agama di atas adalah seperti berikut :

*     Pantun 4 kerat
*     Mempunyai 2 rangkap
*     1 rangkap terdiri daripada 4 baris
*     Satu baris mempunyai 3 hingga 4 patah perkataan
*     Bilangan suku kata bagi sebaris pantun ialah 9 hingga 11 suku kata
*     Skema rima akhir pantun tetap iaitu a-b-a-b
*     Rima akhir pantun juga tetap iaitu a-b,a-b

ANALISIS PANTUN AGAMA..

Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat,
Banyak nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.

Anak ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal sembilan,
Bangun pagi sembahyang subuh,
Minta ampun kepada Tuhan.


NILAI DLM PANTUN BUDI...


                                i.            Nilai masyarakat yang prihatin
o   Masyarakat yang mengingatkan bahawa budi merupakan sesuatu yang harus kita ingat dan bukan sesuatu yang dipandang remeh.
o   Contoh :
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.
·      -   Walaupun seseorang itu telah mati,budi yang pernah ditaburkan akan sentiasa diingati.

                              ii.            Nilai masyarakat yang mengagungkan budi
o   Masyarakat mengagungkan budi atau meletakan budi sesuatu yang tinggi.
o   Contoh :
Tenang-tenang air dilaut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.


NILAI ESTETIKA..


*     Ansonansi
§  Merupakan pengulangan huruf vokal.
§  Berdasarkan pantun ;
Rangkap 1
Pengulangan vokal a :
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Rangkap 2
Pengulangan vokal a :

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik di kenang juga.

Rangkap 3
Pengulangan vokal a :
Tenang-tenang air dilaut,
Sampan kolek mulik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

*     Aliterasi
§  Merupakan pengulangan huruf konsonen iaitu selain huruf vokal.
§  Berdasarkan pantun ;
Rangkap 1
pengulangan konsonen b :
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Rangkap 2
Pengulangan konsonen n :
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik becabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi baik dikenang juga.





Rangkap 3
Pengulangan konsonen n :
Tenang-tenang air dilaut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

*     Personafikasi
§  Merupakan sifat manusia yang diberi kepada kepada benda atau sesuatu yang tidak bernyawa.
§  Berdasarkan pantun ;

Tenang-tenang air dilaut “
                                    

“ Budi baik rasa nak junjung

*     Hiperbola
§  Menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan.
§  Berdasarkan pantun ;

“ Hutang budi dibawa mati “
“ Budi baik rasa nak junjung “

*     Anafora
§  Pengulangan kata di awal baris.
§  Berdasarkan pantun ;

Hutang emas boleh dibayar “
Hutang budi dibawa mati “



*     Responsi
§  Pengulangan kata di tengah baris.
§  Berdasarkan pantun ;
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
                                                                                        Hutang budi dibawa mati

CIRI-CIRI PANTUN BUDI


·        Puisi tradisional di atas merupakan sejenis pantun.

  • ·        Merupakan pantun 4 kerat.
  • ·        Bertemakan budi.
  • ·        Ciri-ciri pantun di atas adalah seperti berikut :

*     Pantun 4 kerat
*     Terdiri daripada 3 rangkap
*     1 rangkap mempunyai 4 baris
*     1 baris mempunyai 3 hingga 5 patah perkataan
*     Bilangan suku kata sebaris ialah 9 hingga 10 suku kata
*     Skema rima akhir tetap iaitu a-b-a-b
*     Rima akhir pantun a-b,a-b

ANALISIS PANTUN BUDI ..


Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang nyawa dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi baik di kenang juga.

Tenang-tenang air dilaut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.