Saturday 14 July 2012

FUNGSI MANTERA..



Fungsi mantera :


a. Menyembuhkan penyakit dan menghalau makhluk halus yang dipercayai sesuatu tempat atau yang menggangu kehidupan seseorang dan masyarakat.

b. Dijadikan sebagai pemanis, pengasih dan pembenci

c. Mantera digunakan dalam upacara-upacara seperti adat dan istiadat.

JENIS MANTERA


 Jenis mantera dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan tujuan mantera tersebut diucapkan, iaitu :


a. Perubatan

b. Pakaian diri

c. Pekerjaan

d. Adat isiadat

CIRI - CIRI MANTERA


Dari segi bentuk :

i. Bentuk bebas atau tidak terikat
ii. Jumlah baris dalam satu rangkap adalah bebas / tidak tetap
iii. Jumlah rangkap bagi satu-satu mantera juga adalah bebas.
iv. Rima akhir baris adalah bebas iaitu tidak ada skema rima yang tertentu.

Dari segi isi :

i. Mengandungi pengucapan dan doa yang penuh dengan kata-kata pujian dengan tujuan membawa keuntungan dan menjauhkan bencana.
ii. Mengandungi unsur-unsur atau ungkapan magis yang digunakan dalam upacara-upacara tertentu serta bersifat kudus atau menyelami soal-soal kebatinan

Dari segi bahasa :

i. Mengandungi kata-kata yang dapat memberi kesan gambaran (imej) yang tertentu seperti gambaran alam semulajadi, benda-benda, tingkah laku atau perbuatan, perasaan atau sentuhan, bunyi atau pendengaran
ii. Kaya dengan bahasa perbandingan, kata-kata perulangan, kata-kata kiasan atau kiasan bahasa dan metafora. 

DEFINISI MANTERA..


Mantera ialah kata-kata yang diucapkan untuk mendapatkan sesuatu dengan kuasa ghaib (melalui mimpi). Jampi ialah kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendapatkan kesaktian (seperti menyembuhkan penyakit dan sebagainya).Mantera juga diberi pengertian sebagai ungkapan kata-kata yang digunakan pawang dan bomoh Melayu dalam upacara-upacara yang mempunyai berbagai ragam maksud dari segi kepercayaan lama seperti digunakan dalam doa dan pendinding keselamatan daripada segala bencana iaitu digunakan dalam upacara-upacara ritual, pemujaan kepada penunggu dan semangat, juga dalam kerja-kerja bersangkut paut dengan pertanian dan menangkap ikan (supaya menjauhkan bala dan kerosakan segala bencana).

FUNGSI TEROMBA ..


Fungsi- fungsi teromba :

  • memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik
  • keutamaan adat dan masyarakat mesti mengikut kebiasaan 
  • membentuk dan membina satu masyarakat harmoni

CIRI - CIRI TEROMBA ..



  • Sejenis puisi bebas atau tidak terikat 
  • mengandungi 7 rangkap
  • jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap 1 mengandungi 14, rangkap dua 16 baris serangkap, rangkap 22 baris serangkap , rangkap enam 7 baris serangkap dan rangkap 7 9 baris serangkap 
  • rima akhir adalah tidak tetap
  • jumlah perkataan sebaris tidak seimbang antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris   
Ciri dari segi isi : 


isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yg diamalkan dlm kehidupan sosial masyarakat 


Teknik penulisan : 


sejenis  puisi berbentuk bebas atau tidak terikat .jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris.Jumlah suku kata sebaris juga tidak seimbang.      

DEFINISI TEROMBA ...


Merupakan susunan adat yg disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. Adat yg dimaksudkan adalah adat Minangkabau yg mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yg diamalkan dlam kwhidupan sosial dan mengamalkannya.

FUNGSI- FUNGSI TALIBUN


Fungsi talibun :

  • sebagai sisipandi dalam cerita lipur lara
  • sebagai pemerian kepada cerita berkenaan dan memperjelaskan perlukisan tersebut
  • memerikan atau melukiskan keindahan sesebuah kota ,kecantikan seseorang puteri atau kesaktian sejenis senjata
  • unsur -unsur didalam sebuah cerita

CIRI -CIRI TALIBUN


Ciri -ciri :

  • struktur berbentuk bebas iaitu dalam serangkap talibun idak mempunyai jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata yg seimbang.
  • tidak mempunyai rima tertentu
  • terdapat sisipan drpd genre puisi yg lain spt pantun,syair,dan sebagainya.
  • penggunaan bahasa pengulangan menjadi lumrah dalam pembentukannya.

TALIBUN..


Talibun ialah puisi berangkap tentang perincian sesuatu objek atau peristiwa, dan umumnya terdapar dalam genre lipur lara. Sejenis puisi melayu berbentuk bebas (ikatan puisi bebas). Digunakan sbg sisipan / selingan dalam cerita lipur lara.

FUNGSI GURINDAM..


Fungsi gurindam adalah :


  • digunakan untuk tujuan pendidikan dan hiburan
  • sebagai dokumentasi gambaran masyarakat yg memancarkan kreativitidan estetikaserta daya intelektualmasyarakat Melayu lama
  • media komunikasi antara ahli masyarakat
  • digunakan dalam majlis formal

CIRI- CIRI GURINDAM.


Berdasarkan kajian, ciri-ciri gurindam adalah, ;

  • terdiri daripada sebuah kalimat majmuk 
  • puisi yg tidak mengandungi sukatan tetap
  • mengandungi buah fikiran yg bernas
  • sejenis puisi melayu lama
  • tidak tentu bentuknya (terikat / tidak)

DEFINISI GURINDAM


Menurut Ismail Hamid (1989), istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Wakaupun berasal daripada bahasa asing, tetapi dalam perkembangan puisi Melayu, gurindam yang berkembang dalam tradisi lisan Melayu mempunyai bentuknya yang tersendiri dan kelainan dengan gurindam dalam bahassa Sanskrit. Menurut Raja Ali Haji, “…adapun gurindam itu, iaitu perkataan yang bersajak akhir pasangannya, tetapi sempurna perkataanya dengan satu pasangannya sahaja, jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang kedua itu jadi seperti jawab” (Sutan Takdir Alisjahbana, 1954)

            Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Raja Ali Haji, Sutan Takdir Alisahbana (1954) menjelaskan pembentukkan gurindam yang biasanya terjadi daripada sebuah kalimat majmuk, yang dibahagi menjadi dua baris yang bersajak. Tiap-tiap baris itu ialah sebuah kalimat, dan perhubungan antara dua buah kalimat itu biasanya ialah perhubungan antara anak kalimat dengan induk kalimat. Jumlah suku (suku kata) tiap-tiap baris itu tidak ditentukan. Demikian juga rimanya tiada tetap.

            Definisi yang diberi oleh Raja Ali Haji dan Sutan Takdir Alisjahbana ini hanya menyentuh bentuk sahaja. Menurut Za’ba (1962) gurindam merupakan puisi yang tidak mengandung sukatan yang tetap. Puisi ini mengandung fikiran yang bernas dan digubahkan dalam bahasa yang indah untuk dinyayikan bagi tujuan hiburan.

            Sebelum itu, dalam Pelita bahasa Melayu penggal III (1957), Za’ba pernah mengatakan bahawa, “gurindam dan seloka lebih kurang sama, iaitu satu jenis syair meleret yang tidak teratur, berangkap-rangkap dan tiada tetap sukatnya, timbangannya dan sajaknya.

FUNGSI SELOKA..


Fungsi-fungsi seloka adalah ;


  1. untuk menyindir seseorang
  2. untuk mengejek seseorang
  3. untuk menempelak
  4. melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia 
  5. untuk memberi pengajaran
  6. sebagai alat kawalan sosial /protes sosial

BENTUK SELOKA


Bentuk- bentuk seloka yg dapat dikaji adalah seperti berikut :


  • mengutarakan isi secara mengejek, sindiran atau dalam nada jenaka 
  • kadang -kadang mengandungi nada atau perasaan yang asyik atau khayal
  • mengandungi bahasa penceritaan yang meleret dan lanjut
  • sindiran biasanya selalu tajam dan bias seperti mengejek dan  menempelak
  • mengandungi perasaan hiba dan rawan

CIRI- CIRI SELOKA..


Ciri- ciri seloka adalah seperti berikut :



  • mengandungi 16 suku kata 
  • disusun dalam empat unit 
  • sejenis puisi bebas
  • mempunyai rima dan tidak 
  • memerlukan bebebrapa baris untuk melengkapkan keseluruhan idea